Tuesday 1 December 2015

ANAK ANAK YATIM MELAWAT KLIA.

Anak anak yatim daripada Pertubuhan Keb. Anak-anak yatim Kuarters KLIA telah dijemput untuk mengadakan lawatan di KLIA 1 dan KLIA2 pada 26 Nov 2015. Penganjur lawatan ini dikendalikan oleh JPP Zon KLIA dengan kerjasama MAHB.

Seramai 20 orang anak anak yatim telah dibawa melawat di Terminal 1 dan operasi Terminal 2. Mereka telah diiringi oleh  wakil wakil jabatan yang beroperasi di KLIA seperti MAB, Kastam Polis, Immigresen, Fama , Makkis dan sebagainya.

Pengerusi Pertubuhan anak yatim Puan Rosnani Othman turut serta dalam lawatan tersebut. Beliau amat terharu dengan layanan yang diberikan oleh kakitangan di Lapangan Terbang KLIA.













Lawatan dan Sumbangan anak-anak yatim.


Saturday 14 November 2015

KERJASAMA BANK RAKYAT, MENYAMPAIKAN SUMBANGAN.

Bank Rakyat dan surau Ibu Pejabat Bank Rakyat di Kuala Lumpur serta Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan program Amal iaitu menyampaikan bantuan dan memberi sumbangan kepada  keluarga terpilih di Karian Masjid Kuarters KLIA.

Pihak Bank Rakyat diwakili oleh Ust Mohd Hanafiah  dan En Zulkifli Ketua Bank Rakyat Bandar Enstek
Pertubuhan Anak Yatim diwakili oleh Pengerusi Pertubuhan Puan Rosnani Othman, Hj Tajul Urus Setiausaha dan Puan Khairul Rozita Bendahari Pertubuhan.
Manakala pihak masjid pula di wakili oleh Pegawai Esekutif Masjid Syad Mazlan bin Syed Azizan dan En AJK En Ibrahim bin Sabtu.

Sebanyak enam keluarga telah dipilih untuk menerima bantuan tersebut terdiri daripada Kuarters KLIA, Kg Jijan dan Cempaka.
Pihak Pertubuhan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Bank Rakyat kerana sudi menghulurkan bantuan tersebut.