Saturday 14 November 2015

KERJASAMA BANK RAKYAT, MENYAMPAIKAN SUMBANGAN.

Bank Rakyat dan surau Ibu Pejabat Bank Rakyat di Kuala Lumpur serta Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan program Amal iaitu menyampaikan bantuan dan memberi sumbangan kepada  keluarga terpilih di Karian Masjid Kuarters KLIA.

Pihak Bank Rakyat diwakili oleh Ust Mohd Hanafiah  dan En Zulkifli Ketua Bank Rakyat Bandar Enstek
Pertubuhan Anak Yatim diwakili oleh Pengerusi Pertubuhan Puan Rosnani Othman, Hj Tajul Urus Setiausaha dan Puan Khairul Rozita Bendahari Pertubuhan.
Manakala pihak masjid pula di wakili oleh Pegawai Esekutif Masjid Syad Mazlan bin Syed Azizan dan En AJK En Ibrahim bin Sabtu.

Sebanyak enam keluarga telah dipilih untuk menerima bantuan tersebut terdiri daripada Kuarters KLIA, Kg Jijan dan Cempaka.
Pihak Pertubuhan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Bank Rakyat kerana sudi menghulurkan bantuan tersebut.