Sunday, 4 August 2013

JAMUAN BERBUKA PUASA DAN SUMBANGAN RAYA.

Pasa 4 Ogos 2013, Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim KLIA telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan menyampaikan sumbangan duit raya kepada 40 orang anak-anak yatim. Majlis ini diadakan di Restoran Warisan di Kota Seriemas.
Seorang hamba Allah telah sudi membiayaai program ini dengan kerjasama Pertubuhan ini.











Darul Syifaq Cawangan KLIA Raikan Anak-anak Yatim.

Pada 1 Ogos 2013, Darul Syifaq Cawangan KLIA telah mengadakan majlis berbuka puasa serta meraikan anak-anak yatim Kuarters KLIA. Majlis tersebut telah diadakan di pejabat Darul Syifaq yang terletak di Kg Jijan. Majlis ini diadakan dengan kerjasama Masjid Lama Jijan dan MTD Kaw. L:abu.





MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN SUMBANGAN DUIT RAYA.

Masjid Kuarters KLIA 28 Julai 2013, Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Masjid Kuarters KLIA sekali lagi mengadakan majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal.
( Gambar akan dimasukan kemudian )

Saturday, 27 July 2013

Kastam KLIA Raikan Anak-Anak Yatim Kuarters KLIA.

Pada 25 Julai 2013, Jabatan Kastam KLIA telah mengadakan majlis berbuka puasa dan meraikan anak-anak yatim bertempat di Bangunan AMC, KLIA Sepang. Pihak Jabatan telah sudi menjemput 40 orang anak-anak yatim dan 10 pengiring & ibu tunggal dari Pertubuhan Kebajikan Anak anak Yatim Masjid Kuarters KLIA.
Mereka telah diraikan dengan majlis berbuka puasa dan menerima sembangan berupa barangan dan wang dari Jabatan Kastam KLIA.  Ketua Pengarah kastam Malaysia Dato' Kazali dan Pengarah Kastam KLIA Dato' Chik Omar Chik Lim sudi menyampaikan sumbangan tersebut.
Semuga Allah membalas budi baik semua pegawai diJabatan Kastam KLIA.





 

Sunday, 14 July 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM.

Berbuka Puasa dan Sumbangan Anak Anak Yatim
 






Kepada insan-insan yang bersimpati yang ingin menjemput anak-anak yatim berbuka puasa bersama-sama atau ingin memberi sumbangan untuk berbuka puasa anak-anak yatim sila hubungi nama-nama seperti beikut;

Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim,
Masjid Kuarters KLIA,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.

Pengerusi:       Puan Rosnani bt Othman                       HP : 017-8758007
N. Pengerusi : Tuan Hj Mohd Yusop bin Md Yusak      HP: 019-2315642
Setiausaha       HP:  Hj Tajul Urus bin Dawam              HP: 019-3581428

JADUAL BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM

Tarikh             Penyumbang                    Alamat                Tempat Berbuka 

20 Julai 2013   Tuan Hj Ishak Yaakob     - Timur Enstek         Masjid Kuarters KLIA

25 Julai 2013    Jabatan Kastam KLIA    - AMC KLIA         Bangunan AMC, KLIA Sepang

28 Julai 2013    Tabung Pertubuhan          - Kuarters KLIA    Masjid Kuarters KLIA

Kepada orang ramai yang ingin menyumbang sila berbuat demikian dengan segera.

Terima kasih.

HJ TAJUL URUS BIN DAWAM
S/Usaha

Sunday, 16 June 2013

SHOPPING RAYA, ANAK YATIM KUARTERS KLIA.

Pada 15 Jun 2013 Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim, Masjid Kuarters KLIA telah mrngadakan program Shopping Raya bagi anak-anak yatim disini. Seramai 30 orang anak yatim serta 10 orang ibu tunggal telah dibawa membeli belah di JUSCO Seremban 2.
Pertubuhan telah menyediakan wang peruntukan perbelanjaan untuk membeli pakaian anak-anak yatim sebagai persediaan menyambut hari raya aidil fitri tahun ini.














Friday, 31 May 2013

MERAIKAN ANAK YATIM DI SANTAI BISTRO - NILAI

Restoran Santai Bistro telah bermurah hati meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal dari Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Masjid Kuarters KLIA pada 1 Jun 2013 jam 11.30 pagi. Menurut pengurus restoran tersebut En. Hezal bin Zainal Abidin, acara ini adalah peringkat permulaan dan Insya Allah akan diteruskan dimasa masa akan datang.
Seramai 40 anak yatim dan 8 ibu tunggal telah diraikan pada majlis tersebut. AJK Pertubuhan Puan Hjh Rosnan Othman, Tuan Hj Yusop Yusak, Setiausaha Hj Tajul serta beberapa AJK lain turut hadir.
Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak penganjur yang telah memberi jamuan, sumbangan barangan serta kewangan. Semuga Allah akan membalas segala amalan murni
yang diberi kepada keluarga anak-anak yatim tersebut. Amin















 Anak yatim menerima sumbangan duit
 Hj Yusop menerima sumbangan barangan bagi pihak 
Pertubuhan Anak Yatim.