Wednesday, 30 March 2016

PROGRAM TADDABUR ALAM



Pertubuhan Anak-anak yatim dengan kerjasama Kelab Sahabat Masjid telah menyertai Program Kem Motivasi Taddabur Alam selama 2 hari pada 12 dan 13 Mac 2016 bertempat di Teluk Kemang Negeri Sembilan.
Peserta telah diberi peluan untuk mencerap bulan dan Palnet planet di Balai Cerapan di Kelana Beach Resort P Dickson.










S/Usaha Hj Tajul, Imam Executiv dan Hj Rafiq mengikuti sama program tersebut
di Balai Cerapan Teluk Kemang.


Tuesday, 1 December 2015

ANAK ANAK YATIM MELAWAT KLIA.

Anak anak yatim daripada Pertubuhan Keb. Anak-anak yatim Kuarters KLIA telah dijemput untuk mengadakan lawatan di KLIA 1 dan KLIA2 pada 26 Nov 2015. Penganjur lawatan ini dikendalikan oleh JPP Zon KLIA dengan kerjasama MAHB.

Seramai 20 orang anak anak yatim telah dibawa melawat di Terminal 1 dan operasi Terminal 2. Mereka telah diiringi oleh  wakil wakil jabatan yang beroperasi di KLIA seperti MAB, Kastam Polis, Immigresen, Fama , Makkis dan sebagainya.

Pengerusi Pertubuhan anak yatim Puan Rosnani Othman turut serta dalam lawatan tersebut. Beliau amat terharu dengan layanan yang diberikan oleh kakitangan di Lapangan Terbang KLIA.













Lawatan dan Sumbangan anak-anak yatim.


Saturday, 14 November 2015

KERJASAMA BANK RAKYAT, MENYAMPAIKAN SUMBANGAN.

Bank Rakyat dan surau Ibu Pejabat Bank Rakyat di Kuala Lumpur serta Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan program Amal iaitu menyampaikan bantuan dan memberi sumbangan kepada  keluarga terpilih di Karian Masjid Kuarters KLIA.

Pihak Bank Rakyat diwakili oleh Ust Mohd Hanafiah  dan En Zulkifli Ketua Bank Rakyat Bandar Enstek
Pertubuhan Anak Yatim diwakili oleh Pengerusi Pertubuhan Puan Rosnani Othman, Hj Tajul Urus Setiausaha dan Puan Khairul Rozita Bendahari Pertubuhan.
Manakala pihak masjid pula di wakili oleh Pegawai Esekutif Masjid Syad Mazlan bin Syed Azizan dan En AJK En Ibrahim bin Sabtu.

Sebanyak enam keluarga telah dipilih untuk menerima bantuan tersebut terdiri daripada Kuarters KLIA, Kg Jijan dan Cempaka.
Pihak Pertubuhan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Bank Rakyat kerana sudi menghulurkan bantuan tersebut.












Wednesday, 18 December 2013

BACK TO SCHOOL BERSAMA BAKTI SISWA USIM

Pada 8 Dis 2013, Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan Program " Back To School" bertemakan" INFAQ; JALAN MENUJU JANNAH" dengan usahasama KDCN1 PPG USIM. Berbagai acara telah diadakan pada hari tersebut seperti majlis bacaan Yassin, Solat Hajat, penyampaian sumbangan bantuan persekolahan dan sukan rakyat untuk anak-anak yatim.

Pihak masjid mengucapkan tahniah atas penganjuran ini yang diusahakan oleh Program Pendidikan Guru Jarak Jauh dari USIM dalam program Baktisiswa. Acara dijalankan sunggu meriah.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Tuan Hj Tajul Urus Dawam, Setiausaha Masjid merangkap Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Puan Rosnani Othman Pengerusi Pertubuhan ini.













Sunday, 1 December 2013

KEM MOTIVASI UNGGUL DIRI

Seramai 20 orang anak-anak yatim dari Pertubuhan Anak Yatim Masjid Kuarters KLIA telah dipilih untuk mengikuti Kem Motivasi Unggul Diri bertempat di Kem Iman D Semungkis, Ulu Langat. pada 30 Nov - 2 Dis 2013.
 Anak-anak yatim sebagai peserta kem Motivasi akan ke Hulu Langat

KEM MOTIVASI ANAK SOLEH

Pada 24 dan 25 Nov 2013 masjid menganjurkan Kem Motivasi Anak Soleh. Kem ini diadakan selama 2 hari semalam yang dipimpin oleh para Motivetor dan pelajar-pelajar UIA.
Pertubuhan Anak-anak Yatim telah menghantar 10 orang anak yatim untuk mengikuti kem tersebut.



 Ust Abdullah Khari, Penceramah Motivasi sedang
menyampaikan ceramah.

PENYAMPAIAN SUMBANGAN ANAKYATIM, FAKIR MISKIN

Majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim, Fakir Miskin, OKU telah diadakan di perkarangan masjid Kuarters pada 3 Nov 2013. Sumbangan ini adalah hasil infaq orang ramai melalui Infaq beras sepanjang bulan Ramadhan.

 Penerima sumbangan
 Persembahan Nasyid dari Pelajar SARA
 Ust Khairil dan Nazir menyampaikan sumbangan.