Wednesday, 2 August 2017
JEMPUTAN BERBUKA PUASA ANAK ANAK YATIM 2017
Pada bulan Ramadhan 2017 lepas, pelbagai pihak telah menjemput anak anak yatim dan ibu tunggal menyertai program berbuka puasa.
SHOPPING BAJU RAYA ANAK ANAK YATIM
Pertubuhan Anak anak yatim telah menganjurkan shopping raya bagi anak anak yatim dibawah jagaan pertubuhan ini tahun 2017.
Shopping tersebut telah diadakan EON Seremban 2.
Shopping tersebut telah diadakan EON Seremban 2.
MENYAMPAIKAN BANTUAN KEPADA GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK.
Pertubuhan Kebajikan Anak anak Yatim, Masjid Kuarters KLIA telah menyampaikan sumbangan serta bantuan kepada golongan orang kurang bernasib baik di kariah masjid Kuarters KLIA dan Kg Jijan serta Kota Seriemas.
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN
AR RAUDHAH ENSTEK
PONDOK BUSTANOL ARIFFIN
LEBUHAN DAGANG
Wednesday, 15 March 2017
MENYAMPAIKAN BANTUAN DIRUMAH ANAK YATIM ULIN NUHA
Dalam kesibukan tugas pada 9 Mac 2017, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Anak yatim Masjid Kuarters KLIA sempat juga menjenguk dan menyampaikan bantuan di Pusat Penjagaan Rumah Anak anak yatim Ulin Nuha di Jalan Kebun Kelang.
Turut serta ialah Imam Surau Al Islah Ustaz Wahi Anuar serta beberapa orang AJK Pertubuhan, Kedatangan kami disambut oleh Pengerusi Uln Nuha serta kakitangan pusat berkenaan.
PROGRAM FREE MARKET
Pertubuhan Kebajikan Anak anak Yatim Masjid Kuarters KLIA telah menganjurkan Program Free Market yang telah diadakan pada 03 Mac 2017 bertempat di perkarangan Masjid Kuarters KLIA.
Para jemaah telah sudi menyumbang bahan bahan makanan, pakaian, bahan bahan pencuci, minuman, serta kewangan untuk membantu golongan yang amat memerlukan.
Sasaran penerima adalah seperti berikut;
Aak anak Yatim, Ibu ibu tunggal, fakir miskin, OKU, Maahad Tahfiz serta orang orang susah yang memerlukan bantuan.
Sesungguhnya program ini amat baik serta mendapat sambutan yang menggalakan.

Subscribe to:
Posts (Atom)