Saturday 17 December 2016

Back To School 6 Dis 2016

Program Back to school telah diadakan pada 6 Dis 2016 di Nilai.

Program umah Dato di Rasah pada 3 Disember 2016

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI RAMAI.

Pihak Pertubuhan telah mengadakan Majlis berkhatan untuk anak anak yatim serta kanak kanak lain dengan kerjasama masjid Kuarters KLIA. Majlis ini telah diaakan pada 26 Nov 2016 sempena cuti sekolah.


Kem Motivasi Anak anak Yatim Kuarters KLIA

Pertubuhan Kebajikan Anak anak Yatim Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan Kem Motivasi
pada 16 dan 17 Dis 2016 di Masjid Kuarters KLIA. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi 
motivasi serta tunjuk ajar kepada anak-anak yang sedang meningkat remaja. Pihak penganjur telah 
menjemput Pasukan Motivetor dan Kaunselor dari Kajang.
      Segala pengisian dipenuhi dengan ilmu dan pembelajaran serta diadakan Qiamullail






Tuesday 14 June 2016

SHOPPING RAYA ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL

Pertubuhan Anak yatim telah mengadakakan Program Shopping Raya kepada anak anak yatim dibawah jagaan ini seramai 65 orang. Pihak kami telah membawa mereka untuk membeli pakaian raya di Shopping  EON Seremban 2. Semua perbelanjaan ditanggong oleh Pertubuhan Kebajikan Anak anak Yatim disini.
Smbangan ini adalah sebagai acara tahunan setiap kali menjelang hariraya.




Selepas shopping mereka dibawa ke Kentucky Fried Chicken.

Monday 25 April 2016

SUMBANGAN BAHAN MAKANAN DAN KEWANGAN

Pertubuhan Kebajikan Anak anak Yatim Masjid ini telah mengadakan program Penyampaian Sumbangan kepada ibu ibu tunggal di kariah masjid ini pada 25 April 2016.
Sumbangan ini adalah rutin biasa yang dilaksanakan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh ibu ibu tungga dan anak anak yatim berkenaan.

       Sumbangan ini adalah hasil daripada infaq orang ramai yang bersimpati dengan mereka yang kurang bernasib baik. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Pertubuhan, Pegawai Esekutif masjid Syed Mazlan, Setiausaha Hj Tajul Urus dan beberapa orang ajk Pertubuhan.

      Sumbangan ini telah diadakan di dewan Biro Wanita Masjid Kuarters KLIA.














Wednesday 30 March 2016

PROGRAM TADDABUR ALAM



Pertubuhan Anak-anak yatim dengan kerjasama Kelab Sahabat Masjid telah menyertai Program Kem Motivasi Taddabur Alam selama 2 hari pada 12 dan 13 Mac 2016 bertempat di Teluk Kemang Negeri Sembilan.
Peserta telah diberi peluan untuk mencerap bulan dan Palnet planet di Balai Cerapan di Kelana Beach Resort P Dickson.










S/Usaha Hj Tajul, Imam Executiv dan Hj Rafiq mengikuti sama program tersebut
di Balai Cerapan Teluk Kemang.