Sunday 26 February 2012

Penduduk Timur@Enstek Raikan Anak-anak Yatim

Persatuan penduduk Timur@Enstek telah mengadakan program meraikan anak-anak yatim sempena Sambutan Maulid ur rasul peringkat Taman. Seramai 21 orang anak-anak yatim daripada Pertubuhan ini telah dibawa ke taman ini untuk menerima sumbangan daripada Persatuan penduduk yang disampaikan oleh Pengerusi Penganjur, Tuan Hj Tajul Urus Dawam.
Pengerusi Pertubuhan Puan Rosnani Othman dan Bendahari Puan Khairul Rizota yang menyertai rombongan tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjemput anak-anak tersebut.











Friday 3 February 2012

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH PUAN HABSAH.

Pada 4 Feb. 2012 bersamaan hari Sabtu, adalah hari bersejarah bagi Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Masjid Kuarters KLIA kerana telah berjaya menyiapkan rumah pertama anak-anak yatim dibawah juagaan Pertubuhan ini. Rumah ini siap dibina dan diserahkan secara rasmi kepada Puan Habsah ibu tunggal yang menjaga 4 orang anak yatim.
Majlis penyerahan kunci rumah telah disempurnakan oleh Puan Rosnani bt Othman, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim KLIA. Disamping itu bacaan yasin telah diadakan dirumah tersebut yang dihadiri bersama oleh Tuan Hj Mohd Yusop Yusak Imam, Hj Tajul Urus Dawam Setiausaha Pertubuhan, AJK Masjid Kuarters KLIA dan AJK Pertubuhan.
Kami berharap dengan penyerahanrumah ini, Puan Habsah dapat menjalani kehidupan seharian bersama anak-anak yang tersayang.