Friday 3 February 2012

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH PUAN HABSAH.

Pada 4 Feb. 2012 bersamaan hari Sabtu, adalah hari bersejarah bagi Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Masjid Kuarters KLIA kerana telah berjaya menyiapkan rumah pertama anak-anak yatim dibawah juagaan Pertubuhan ini. Rumah ini siap dibina dan diserahkan secara rasmi kepada Puan Habsah ibu tunggal yang menjaga 4 orang anak yatim.
Majlis penyerahan kunci rumah telah disempurnakan oleh Puan Rosnani bt Othman, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim KLIA. Disamping itu bacaan yasin telah diadakan dirumah tersebut yang dihadiri bersama oleh Tuan Hj Mohd Yusop Yusak Imam, Hj Tajul Urus Dawam Setiausaha Pertubuhan, AJK Masjid Kuarters KLIA dan AJK Pertubuhan.
Kami berharap dengan penyerahanrumah ini, Puan Habsah dapat menjalani kehidupan seharian bersama anak-anak yang tersayang.








No comments:

Post a Comment