Monday 23 January 2012

RUMAH SUMBANGAN PERTUBUHAN ANAK YATIM SIAP.

Rumah Puan Habsah yang dibina telah siap 95%. Pada 23 Jan 2012 pasukan sukarelawan telah membantu mengangkut barang-barang kerumah baru tersebut. Sebelum itu, pasukan Darul Syifa' Kuarters KLIA telah sudi membaca Yassin dan doa selamat dirumah tersebut.

Menurut pengerusi Pertubuhan Puan Rosnani Othman, rumah tersebut akan diserah secara rasminya minggu depan. Pembinaan siap hampir 100% cuma menunggu kemasukan letrik sahaja.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua punyumbang dan sukarelawan yang membantu menyediakan rumah tersebut.







No comments:

Post a Comment