Saturday 27 July 2013

Kastam KLIA Raikan Anak-Anak Yatim Kuarters KLIA.

Pada 25 Julai 2013, Jabatan Kastam KLIA telah mengadakan majlis berbuka puasa dan meraikan anak-anak yatim bertempat di Bangunan AMC, KLIA Sepang. Pihak Jabatan telah sudi menjemput 40 orang anak-anak yatim dan 10 pengiring & ibu tunggal dari Pertubuhan Kebajikan Anak anak Yatim Masjid Kuarters KLIA.
Mereka telah diraikan dengan majlis berbuka puasa dan menerima sembangan berupa barangan dan wang dari Jabatan Kastam KLIA.  Ketua Pengarah kastam Malaysia Dato' Kazali dan Pengarah Kastam KLIA Dato' Chik Omar Chik Lim sudi menyampaikan sumbangan tersebut.
Semuga Allah membalas budi baik semua pegawai diJabatan Kastam KLIA.





 

No comments:

Post a Comment